Sunday, 18 December 2011

Teaching Science With Blog

Literasi saintifik, kebolehupayaan untuk membaca dan menulis dengan berkesan dalam sains, merupakan pusat kepada kurikulum sains yang berkesan (Baker et al., 2008). Terdapat anjakan paradigma yang berlaku dalam minda penggubal kurikulum ke arah melahirkan idea bahawa pelajar harus memberi fokus terhadap kemahiran menulis di dalam kelas sains kerana penulisan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritikal, kognitif dan metakognitif.
Video ini memaparkan tentang penggunaan blog sebagai medium pembelajaran dan pengajaran. Banyak perolehan maklumat boleh didapati melalui blog.  Blog juga memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi sesama sendiri dan juga pensyarah. Segala pandangan, idea dan komen-komen yang berguna menggalakkan pembelajaran bersama, yang akhirnya akan meningkatkan motivasi dan penglibatan dalam kalangan pelajar. 

Friday, 16 December 2011

Aktiviti Muhibbah

Paparan Teknologi Masa Depan

 Sebelum ini, kita pernah diperlihatkan dengan pelbagai ciptaan teknolgi yang berinovatif melalui klip video-video ringkas.  Kini, lanjutan daripada itu, kita diperlihatkan, dengan dunia teknologi yang bergerak amat pantas akhir-akhir ini, Microsoft telah pun mengeluarkan video baru, memperlihatkan bagaimana dunia akan berubah dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang..

Melalui video ini, pelbagai perkara yang diperlihatkan, termasuk antaranya merupakan sokongan terjemahan masa-nyata, realiti argumentasi yang digunakan dengan lebih popular, skrin sentuh lutsinar, peranti yang lebih nipis dan membawakan pelbagai sokongan, peranti dan perkakasan dirumah yang pintar dan diintegrasikan antara satu sama lain dan banyak lagi.